Friday, June 17, 2011

Cinta

Salam semua...

Actually takdak apa sangat nak cita ari ni..sbb takdak apa la kan...
Jom kita cita pasal cinta nak....
cinta ni sesuatu yang best kan...semua org tau kan....
bila kita cintakan seseorang kita akan rasa bahagiaaaaaaaa sgt...
kita jumpa dia kita tenang.kita happy,,ceria..seronok lah...betul tak?????
kita sonok n sampai makan berselera, n lastly jadi gemuk..kan
tapi cinta tu leh datang dan pergi....
apa pun yang terjadi kita perlu cintakan Allah sebelum kita cintakan manusia..
if we love sum1 teramat sgt...n lupakan Allah..that is cinta dunia...
mcm mana tu cinta dunia..mcm bila kita kapel kan..kita sanggup ni nangis mcm nak mati sbb boyfren or girlfren kita...sampai sanggup wat keja bodoh semua tu..haa tu la cinta duniaa
Allah akan menduga kita dalam percintaan kita...untuk lhat sama ada kita cinta sampai lupakanNya or tak..
Allah akan beri ujian yang besar sgt...masa tu kita perlu buat keputusan yang kita sendiri taktau adakah keputusan itu betul atau salah untuk kita....jadi untuk menjadi lebih tenang...dekatkanlah diri dengan Allah..


Cinta dunia adalah hujung dari segala bentuk perilaku menyimpang. Allah SWT berfirman " ketahuilah, bahwa sesugguhnya kehidupan  dunia hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-bangga dengan banyaknya harta dan ank, seperti hujan yang membuat para petani terkagum-kagum dengan tanaman-tanamannya,kemudai tanaman itu menjadai kering dan kamu lihat warnanya menguning lalu hancur. dan diakhirat kelak ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhoanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid[57];20)

One more thing...apa  yang kita wat arini...i mean if let say kita wat kejahatan skrang...semuanya akan turun pada anak2 kita.....hidup ni umpama roda...jadi...jaga lah kelakuan kita...ingat jangan seksakan orang..jangan menganiayai orang.seperti contoh if si suami asyik baran n pukul2 si isteri...tk mustahil perkara tersebut akan jadi pada anak2 si suami n si isteri tu...perkara paling  penting jangan sombong pada org even though orang tu penah wat jahat ka sakitkan ati kita ka....kita buat baik dengan orang..kita akan dibalas dengan baik...


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
mutiarakata2
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak
Artikel ini dipetik dari http://www.iluvislam.com (oleh saudari Zalikha), link asal. Moga anda yang mengalami musibah yang sama atau lebih besar lagi lebih semangat dan tabah dalam menghadapinya
pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
itu ja utk arini...salam